Selasa. 19 Mac 2024 - 03:46:50 AM
BERITA & PENGUMUMAN

 

~*~*~*~*~*~*

Mesyuarat Ketua-Ketua Cawangan dan Jurutera Daerah Bil.1/2024 dan Bengkel Goal Setting 2024
JPS Sabah
14-17 Januari 2024
Kundasang, Ranau

~*~*~*~*~*~*~

Majlis Pecah Tanah Projek Kerja-Kerja Pertahanan Tebing

Sungai Tuaran di Pekan Tuaran

25 Januari 2024

Tuaran

 

~*~*~*~*~*~*~

 

arkib
MEDIA SOSIAL:
twitter facebook
QR Code Scan
Tarikh Kemaskini: 29 Nov 2023
Fungsi - Fungsi > Saliran Pertanian
pdf file

 


Skim Saliran Lumat, Beaufort

Saliran Pertanian

 

Saliran tanah pertanian adalah penyingkiran semulajadi atau tak semulajadi air yang berlebihan dari dalam atau di atas tanah. Air boleh dianggap berlebihan apabila jumlah yang ada menjejaskan pengeluaran tanaman dengan mewujudkan perubahan fizikal atau kimia yang tidak menguntungkan dalam persekitaran pertumbuhan tumbuhan. Masalah perparitan di kebanyakan kawasan tropika lembap, seperti di Sabah, biasanya kerana hujan yang tinggi dan pengumpulan air yang berlebihan di kawasan rata atau rendah.

Dalam sistem pengairan, kedua-dua infrastuktur pengairan dan saliran disediakan. Jabatan ini bukan sahaja menyediakan infrastruktur saliran di kawasan penanaman padi, tetapi juga menyediakan infrastruktur saliran utama bagi lain tanaman bukan padi seperti kelapa sawit, getah, koko, dan tanaman buah-buahan.

 

[ Malabau Drainage Scheme, Beaufort ]

Skim Saliran Malabau, Beaufort

 

Apabila tanah yang sesuai untuk pertanian menjadi terhad, pembangunan tanah baru di tanah marginal untuk pertanian akan dipergiatkan bagi memenuhi objektif  Dasar Pertanian Negeri Sabah. Ini memerlukan pengaliran kawasan yang berair, kawasan-kawasan rendah dan juga tanah lembap. Adalah penting agar projek saliran masa depan hendaklah mengambil kira kesan-kesan buruk ke atas rejim sungai dan kesan ke atas keadaan dan proses fizikal, kimia dan biologi kawasan berpaya, kawasan-kawasan rendah dan berair. Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) perlu dijalankan untuk projek-projek saliran di kawasan tanah lembap yang dikenalpasti dengan keluasan yang meliputi 100 hektar atau lebih. Ini akan mengelakkan sebarang kesilapan dalam pelaksanaan projek, akibat kerosakan alam sekitar yang mungkin timbul atau kerana memerlukan pengubahsuaian dengan kos yang tinggi yang mungkin diperlukan untuk melaksanakan projek yang mesra alam.
[ Krah Drainage Scheme, Kota Belud ]

Skim Saliran Krah, Kota Beludparit 


 

Jabatan ini telah meningkat kawasan saliran pertanian dari kira-kira 2,260 hektar pada tahun 1970 kepada lebih 9,500 hektar pada tahun 1999.

Infrastruktur yang disediakan adalah struktur kawalan perparitan, pembetung, parit utama dan parit sekunder, pintu pasang surut, jalan dan jambatan.
MSC Malaysia Sabah Government Mampu MY Government 1 Malaysia Jabatan Perdana Menter Pemandu myeg
Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian & Syarat Penggunaan
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768. Hakcipta Terpelihara © JPS 2011-2024
Disunting oleh Alpha Ray