
Sungai Labuk di Kampung Porog
|
Pengurusan Sumber Air
Berikutan dengan Enakmen Sumber Air Sabah pada Ogos 1998, Kerajaan Negeri Sabah bersetuju untuk melantik Pengarah Pengairan dan Saliran untuk bertindak sebagai Pengarah Sumber Air untuk menguatkuasakan enakmen ini. Maka dengan itu, Pengurusan Sumber Air telah menjadi satu fungsi tambahan kepada Jabatan.
Bahagian Pengurusan Sumber Air telah ditubuhkan pada Januari 1999. Bahagian ini diwujudkan berdasarkan syor dalam Pelan Induk Sumber Air Sabah yang telah diterimapakai secara rasmi oleh Kerajaan pada tahun 1995. Perkembangan ini menyebabkan Bahagian Hidrologi diserapkan ke Bahagian Pengurusan Sumber Air.
Stesen Meteorologi di Trusan
Sapi, Sandakan
|
Aktiviti utama Bahagian Pengurusan Sumber Air adalah:-
Pengurusan Sumber Air
Untuk mengurus Sumber Air Negeri berlandaskan Pelan Induk Sumber Air Negeri serta menyelaras tindakan pentadbiran untuk pengurusan sumber air.
Pembangunan Sumber Air
Untuk mengenalpasti peluang untuk penggunaan air serta untuk menggalak dan memudahkan penggunaan air yang bermanfaat dan merancang pembangunan yang lebih teratur dalam penggunaan sumber air dan mengambil langkah-langkah untuk menyelesaikan konflik antara pengguna air.
Kualiti Air dan Pengurusan Persekitaran
Mengambil tindakan untuk melindungi kuantiti dan kualiti sumber air dan persekitaran akuatik.
Stesen Hujan di Sungai
Ulu Pampang
|
Pengurusan Tadahan
Untuk membangun, melaksana dan memantau pelan-pelan tadahan dan pelan-pelan berkaitan pengurusan sumber air termasuk pengurusan pelan kawasan banjir, pelan pengurusan air atas bumi dan pelan pengurusan air bawa bumi.
Pengurusan Kawasan Perlindungan Air
Untuk mengurus kawasan-kawasan perlindungan air untuk mengekalkan kuantiti dan kualiti sumber air dan persekitaran akuatik.
Pengurusan Koridor Sungai
Untuk mewujudkan sungai dan pantai rizab bagi maksud melindungi jumlah atau aliran air di dalam badan-badan air dan mencegah kemerosotan kualiti sumber air dan kerosakan kepada persekitaran akuatik dalam badan-badan air.
Sungai Labau - Anak Sungai Kinabatangan
|
Pengurusan Aktiviti Air
Untuk mewujudkan dan mengekalkan pelesenan dan / atau sistem pendaftaran untuk aktiviti air.
Pengurusan Data
Untuk mewujudkan dan mengekalkan pangkalan data sumber air dan menyediakan laporan mengenai ketersediaan, kuantiti dan keadaan sumber air
Maklumat Awam dan Pendidikan
Untuk menggalakkan nilai sumber air melalui program pendidikan dan maklumat.
Water Resources Management Guidelines and Policies
To develop guidelines and policies related to water resources management.