Selasa. 19 Mac 2024 - 02:57:44 AM
BERITA & PENGUMUMAN

 

~*~*~*~*~*~*

Mesyuarat Ketua-Ketua Cawangan dan Jurutera Daerah Bil.1/2024 dan Bengkel Goal Setting 2024
JPS Sabah
14-17 Januari 2024
Kundasang, Ranau

~*~*~*~*~*~*~

Majlis Pecah Tanah Projek Kerja-Kerja Pertahanan Tebing

Sungai Tuaran di Pekan Tuaran

25 Januari 2024

Tuaran

 

~*~*~*~*~*~*~

 

arkib
MEDIA SOSIAL:
twitter facebook
QR Code Scan
Tarikh Kemaskini: 29 Nov 2023
Informasi > MS ISO 14001:2004
pdf file

Pengenalan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001 : 2004

Pengurusan Sungai PAPAR

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah adalah komited dalam penyediaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001 bagi Pengurusan Sungai Papar.

Dokumen Sistem Pengurusan Alam sekitar telah dikuatkuasakan pada 15 Mac 2011. Dokumen ini merangkumi Manual Kualiti, Prosedur Kualiti (Pengurusan) dan Prosuder Kualiti (Operasi). Dokumen ini bertujaan untuk menjalankan verifikasi ke atas Pengurusan Sungai Papar yang memberi perkhidmatan pengurusan dan pemantauan Sungai Papar dan koridornya supaya ianya dilaksanakan secara berkesan dan mematuhi piawaian Sistem Pengurusan Alam Sekitar MS ISO 1400:2004.

Sijil MS ISO 14001:2004 bagi Pengurusan Sungai Papar telah dikeluarkan oleh SIRIM Pada  20 Disember 2013.

Polisi alam sekitar bagi Pengurusan Sungai Papar adalah komited ke arah menyediakan perkhidmatan Pengurusan Sungai Papar (penyelenggaraan dan pembangunan) yang berkesan dengan mematuhi semua kehendak perundangan yang berkaitan alam sekitar serta lain-lain keperluan yang ditetapkan serta berusaha untuk penambahbaikan secara berterusan melalui:

  1. Mengawal aktiviti penyelenggaraan dan pembangunan Sungai Papar supaya tidak mencemar dan merosakkan alam sekitar.
  2. Mengekalkan zon rekreasi sedia ada yang dikawal selia oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
  3. Memantau effluen yang dilepaskan ke dalam sungai.
  4. Memeriksa parameter-parameter air sungai mengikut Indeks Kualiti Air (WQI) di lokasi yang ditetapkan.

Bagi Pemantauan dan Pelaksanaan Polisi, JPS Negeri Sabah menyediakan program-program alam sekitar dan mendokumenkan Sistem Pengurusan Alam Sekitar mengikut keperluan Standard ISO 14001: 2004.

Objektif Alam Sekitar 1

Mengekalkan Indeks Kualiti Air Sungai Papar  pada Kelas II.

Objektif Alam Sekitar 2

Mengindahkan koridor Sungai Papar sepanjang 250 meter.

MSC Malaysia Sabah Government Mampu MY Government 1 Malaysia Jabatan Perdana Menter Pemandu myeg
Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian & Syarat Penggunaan
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768. Hakcipta Terpelihara © JPS 2011-2024
Disunting oleh Alpha Ray