Selasa. 19 Mac 2024 - 09:36:04 AM
BERITA & PENGUMUMAN

 

~*~*~*~*~*~*

Mesyuarat Ketua-Ketua Cawangan dan Jurutera Daerah Bil.1/2024 dan Bengkel Goal Setting 2024
JPS Sabah
14-17 Januari 2024
Kundasang, Ranau

~*~*~*~*~*~*~

Majlis Pecah Tanah Projek Kerja-Kerja Pertahanan Tebing

Sungai Tuaran di Pekan Tuaran

25 Januari 2024

Tuaran

 

~*~*~*~*~*~*~

 

arkib
MEDIA SOSIAL:
twitter facebook
QR Code Scan
Tarikh Kemaskini: 29 Nov 2023
Fungsi - Fungsi > Pengairan
pdf file

 


Ibu Bekalan untuk Pengairan di Kota Belud

Pengairan

Pembangunan sistem pengairan dan saliran merupakan faktor yang paling penting terhadap pencapaian objektif Dasar Pertanian Negeri, iaitu untuk menambah jumlah pengeluaran dalam bidang pertanian hingga ke tahap yang maksimum. Sebelum tahun 1970, pertanian yang menggunakan kaedah pengairan lebih dikaitkan dengan penanaman padi, tetapi selepas itu, pihak Jabatan telah juga memajukan pengairan di kawasan tanah tinggi untuk tanaman bernilai tinggi dan pada masa yang sama menjalankan penyelidikan berhubung dengan penyediaan infrastruktur pengairan. Dalam Rancangan Malaysia Keduabelas yang akan datang, Jabatan ini akan bekerjasama dengan jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan lain yang berkaitan, dalam usaha menyelaras rancangan infrastruktur pengairan untuk pembangunan tanah pertanian yang dicadangkan.

Bagi mencapai Dasar Pertanian Negeri untuk menghasilkan sebanyak 60% beras pada tahun 2025, kadar pembangunan pengairan perlu diperhebatkan lagi. Perkara ini boleh dilakukan dengan cara seperti berikut:-

[ Ibu Bekalan Pengairan di Membakut ]

Ibu Bekalan Pengairan di Membakut

  • Menambah infrastruktur pengairan dan saliran melalui pelaksanaan beberapa projek baru, samada untuk tanaman padi mahupun tanaman-tanaman lain.

  • Mempertingkat dan memperluaskan infrastruktur pengairan di kawasan-kawasan yang dikenalpasti berpotensi di sekitar skim yang sedia ada.

  • Penggunaan dengan baik segala kemudahan-kemudahan pengairan dan saliran yang telah disediakan di kawasan penanaman padi yang sedia ada.

  • Memperbaiki amalan pengurusan pengairan bersepadu.

  • Memberi galakan dan sokongan terhadap usaha mengubahsuai kaedah pembangunan penanaman padi, daripada pertanian yang dahulunya dianggap sebagai hanya untuk menampung kehidupan seharian kepada yang boleh mendatangkan keuntungan dan dapat diusahakan secara komersil.

  • Memberikan bantuan teknikal dalam pembangunan infrastruktur dalam usaha mempelbagaikan tanaman, daripada padi kepada tanaman lain yang boleh mendatangkan keuntungan dalam kawasan yang telah dikenalpasti bukan untuk tanaman padi.

[ Struktur Pengawalan Pengairan di Bongawan ]

Struktur Pengawalan Pengairan di Bongawan

Bagi memastikan agar bekalan air yang berkekalan untuk pengairan, kerja-kerja pembangunan untuk skim-skim pengairan dan saliran akan dilaksanakan berasaskan kepada keadaan alam sekitar dengan mengambilkira semua kesan buruk yang mungkin berlaku terhadap alam sekitar akibat dari kerja-kerja pengairan.

Dengan pembangunan infrastruktur pengairan dan saliran yang berterusan oleh Jabatan ini, kawasan padi yang berpengairan di Sabah telah bertambah dari 1,600 ha dalam tahun 1967 kepada 15,000 ha dalam tahun 1999, dan pengeluaran padi telah bertambah dari kira-kira satu tan bagi setiap hektar kepada kira-kira 4 tan sehektar.

[ Kebuk Alur Keluar Pengairan di Kinapulidan ]

Kebuk Alur Keluar Pengairan di Kinapulidan

Pada masa ini, Jabatan ini telah membangunkan lebih dari 80 skim pengairan. Antara yang terbesar terletak di daerah-daerah berikut:-

  • Kota Belud

  • Keningau

  • Kota Marudu

  • Tambunan

  • Papar

  • Tuaran

MSC Malaysia Sabah Government Mampu MY Government 1 Malaysia Jabatan Perdana Menter Pemandu myeg
Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian & Syarat Penggunaan
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768. Hakcipta Terpelihara © JPS 2011-2024
Disunting oleh Alpha Ray