Selasa. 19 Mac 2024 - 04:59:04 AM
BERITA & PENGUMUMAN

 

~*~*~*~*~*~*

Mesyuarat Ketua-Ketua Cawangan dan Jurutera Daerah Bil.1/2024 dan Bengkel Goal Setting 2024
JPS Sabah
14-17 Januari 2024
Kundasang, Ranau

~*~*~*~*~*~*~

Majlis Pecah Tanah Projek Kerja-Kerja Pertahanan Tebing

Sungai Tuaran di Pekan Tuaran

25 Januari 2024

Tuaran

 

~*~*~*~*~*~*~

 

arkib
MEDIA SOSIAL:
twitter facebook
QR Code Scan
Tarikh Kemaskini: 29 Nov 2023
Mengenai Kami > Perutusan Pengarah
PDF file

Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran, Sabah, Malaysia.

Sejak penubuhannya pada 01 Januari 1967, Jabatan Pengairan dan Saliran telah berkembang pesat dari sebuah Jabatan yang membekalkan sistem pengairan secara sederhana kepada strukturnya sekarang yang melaksanakan beberapa fungsi dan tanggungjawab yang lebih luas, daripada pengairan dan saliran pertanian, kejuruteraan pantai, tebatan banjir, saliran utama di kawasan bandar kepada pengurusan sumber air Negeri yang mempunyai lebih dari seribu orang tenaga profesional, sub-profesional dan kakitangan sokongan. Bagi membolehkannya melaksanakan tanggungjawab yang besar ini, dan juga menunaikan ikrar Piagam Pelanggan kepada semua pelanggan Jabatan, penggunaan sepenuhnya potensi kemajuan terkini di bidang Teknologi Maklumat adalah strategik dan penting demi mempastikan kualiti dan perkhidmatan terkini selaras dengan prasyarat sebuah agensi kerajaan yang disegani. Pelancaran laman web JPS pada 18 Februari 2000 adalah merupakan satu langkah yang penting ke arah tujuan ini, selaras dengan komitmen kami ke arah budaya kerja cemerlang yang menjurus kepada usaha penambahbaikan yang berterusan. Maklumat-maklumat penting akan disebarkan melalui laman web ini dan antara lain, meliputi profil dan dasar Jabatan, berita-berita, peristiwa-peristiwa dan notis-notis tawaran. Kami akan terus berusaha untuk mengemaskini laman web ini pada setiap masa agar ianya menjadi lebih terkini lagi.

Saya berharap lawatan anda ke laman web kami akan mendatangkan faedah, menarik dan berhasil.

Bagi membantu kami memberikan layanan yang lebih baik, anda adalah dialu-alukan untuk menghantar sebarang cadangan, komen, permintaan atau aduan melalui BORANG MAKLUMBALAS/ADUAN AWAM yang terdapat di laman web ini. 

Sekian dan Terima kasih.
 

Ir. SIRAJA HJ. BASHORA
Pengarah,
Jabatan Pengairan dan Saliran,
Negeri Sabah, Malaysia

 
MSC Malaysia Sabah Government Mampu MY Government 1 Malaysia Jabatan Perdana Menter Pemandu myeg
Dasar Privasi & Keselamatan | Penafian & Syarat Penggunaan
Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi skrin 1024x768. Hakcipta Terpelihara © JPS 2011-2024
Disunting oleh Alpha Ray