[Laman Utama] - [Tentang Kami] - [Latar Belakang]

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah yang pada mulanya dikenali sebagai Jabatan Parit dan Taliair (JPT) Sabah telah ditubuhkan pada 1 Januari 1967 dan bernaung di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (dahulu dikenali sebagai Kementerian Pertanian dan Perikanan Sabah). Tujuan utama JPS ditubuhkan ketika itu ialah untuk mengambilalih kerja-kerja pengairan dan saliran yang sebelum itu telah dijalankan oleh Cawangan Hidraulik di Jabatan Kerja Raya Sabah supaya usaha Kerajaan Negeri dapat ditumpukan untuk mempertingkatkan pengeluaran padi di negeri ini.

JPS telah berkembang pesat dari segi organisasi, fungsi dan tanggungjawabnya. Cawangan-cawangan pentadbiran JPS telah ditubuhkan di 12 daerah utama di negeri ini. Selain dari fungsi-fungsi asal, iaitu pengairan dan saliran bagi kawasan pertanian dan pemuliharaan sungai, beberapa tanggungjawab baru telah diamanahkan kepada JPS termasuk hidrologi, pencegahan banjir di luar bandar, tebatan banjir di kawasan bandar dan saliran utama bandaran. Disamping itu, JPS juga telah diberi tanggungjawab pengurusan sumber air negeri dengan tujuan jangka panjang untuk memperkembangkan satu Jabatan Sumber Air Negeri yang berasingan.

JPS Sabah merupakan salah satu JPS Negeri yang terbesar di Malaysia dan bergerak di bawah kuasa undang-undang berikut:-

a) Ordinan Parit dan Taliair, 1956.

b) Enakmen Parit dan Taliair (Pindaan), 1983.

c) Enakmen Sumber Air Negeri, 1998.


[Kembali ke atas] - [Beralih ke laman desktop]