-->
PELAWAT
Jumlah: 479718 orang
![]()
Tarikh Kemaskini: 29 Nov 2023
|
Mengenai Kami > Dasar JPS
DASAR JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN PERTANIAN 1. Kemudahan Pengairan dan Saliran Pertanian akan disediakan untuk membolehkan penanaman tanaman makanan terutamanya padi selaras dengan Dasar Pertanian Negeri untuk menyokong dan menggalakkan pengeluaran Makanan. 2. Dalam pembangunan, menaik taraf, pemulihan, dan operasi skim pengairan dan saliran, isu-isu alam sekitar dan sumber air akan diberi pertimbangan yang sewajarnya. Khususnya, langkah-langkah untuk kecekapan pengairan yang lebih baik, jadual air penjimatan / kitar semula dan air kawalan akan dimasukkan.I TEBATAN BANJIR DAN SALIRAN BANDAR
1. Sungai yang bertindak sebagai saluran saliran utama dalam kawasan berpenduduk dan pertanian akan diselenggara secara berkala untuk memastikan kecekapan hidrauliknya. Rizab sungai akan dikekalkan atau diwujudkan sebagai zon penampan untuk melindungi kualiti air. Dalam hal ini, alienasi rizab riparian dan pembangunan dalam zon aktif sungai adalah tidak digalakkan. Dalam keadaan biasa, langkah-langkah struktur untuk melindungi tebing sungai daripada hakisan tidak akan dijalankan kerana langkah sedemikian adalah tidak mapan dan tidak kos efektif. Penempatan semula penduduk yang tinggal di rizab sungai / rizab riparian / zon aktif sungai akan disyorkan sebagai opsyen di mana mungkin. 3. Air hujan dan pengurusan saliran untuk pembangunan fizikal terutamanya dalam kawasan bandar akan berpandukan dengan 'DID Stormwater Management Manual for Malaysia' berdasarkan pendekatan 'Discharge Control at Source', untuk mengawal kuantiti dan meningkatkan kualiti air larian permukaan yang terhasil, seterusnya menyumbang ke arah pembangunan mapan. PENGURUSAN SUMBER AIR Sumber air dalam Negeri akan diruskan selaras dengan Pelan Induk Sumber Air Sabah dan Enakmen Sumber Air 1998 (dan sebarang semakan/pindaan yang berkenaan) melalui kerjasama semua pihak yang berkepentingan dalam kedua-dua sektor awam dan swasta untuk mengekalkan ekonomi, sosial dan alam sekitar. |
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |