-->
PELAWAT
Jumlah: 479460 orang
![]()
Tarikh Kemaskini: 10 Mar 2023
|
Informasi > MS ISO 14001:2004
Pengenalan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001 : 2004 Pengurusan Sungai PAPAR Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sabah adalah komited dalam penyediaan Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001 bagi Pengurusan Sungai Papar. Dokumen Sistem Pengurusan Alam sekitar telah dikuatkuasakan pada 15 Mac 2011. Dokumen ini merangkumi Manual Kualiti, Prosedur Kualiti (Pengurusan) dan Prosuder Kualiti (Operasi). Dokumen ini bertujaan untuk menjalankan verifikasi ke atas Pengurusan Sungai Papar yang memberi perkhidmatan pengurusan dan pemantauan Sungai Papar dan koridornya supaya ianya dilaksanakan secara berkesan dan mematuhi piawaian Sistem Pengurusan Alam Sekitar MS ISO 1400:2004. Sijil MS ISO 14001:2004 bagi Pengurusan Sungai Papar telah dikeluarkan oleh SIRIM Pada 20 Disember 2013. Polisi alam sekitar bagi Pengurusan Sungai Papar adalah komited ke arah menyediakan perkhidmatan Pengurusan Sungai Papar (penyelenggaraan dan pembangunan) yang berkesan dengan mematuhi semua kehendak perundangan yang berkaitan alam sekitar serta lain-lain keperluan yang ditetapkan serta berusaha untuk penambahbaikan secara berterusan melalui:
Bagi Pemantauan dan Pelaksanaan Polisi, JPS Negeri Sabah menyediakan program-program alam sekitar dan mendokumenkan Sistem Pengurusan Alam Sekitar mengikut keperluan Standard ISO 14001: 2004. Objektif Alam Sekitar 1 Mengekalkan Indeks Kualiti Air Sungai Papar pada Kelas II. Objektif Alam Sekitar 2 Mengindahkan koridor Sungai Papar sepanjang 250 meter. |
|
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |