PIAGAM PELANGGAN
PELANGGAN
Petani / Pekebun, Masyarakat Umum, Jabatan / Agensi Kerajaan dan lain-lain istitusi
KAMI BERIKRAR UNTUK
- Membangun, menyelenggara dan mengendali semua Skim Pengairan dan Saliran, Skim Kawalan Banjir, Skim Kawalan Pasang-Surut dan Rangkaian Hidrologi ke tahap optima;
- Memberi maklumat / nasihat / komen teknikal berkualiti dalam tempoh 10 hari bekerja selepas menerima permintaan;
- Memberi maklumbalas terhadap aduan-aduan dalam tempoh 10 hari bekerja;
- Memulakan perbincangan/ pemeriksaan tapak dengan pelanggan setelah menerima permintaan bagi perkhidmatan baharu/ tambahan dalam tempoh 10 hari bekerja; dan
- Memeriksa tapak bencana dalam tempoh 24 jam setelah menerima permintaan bagi bantuan kecemasan dan memulakan tindakan yang sesuai dalam tempoh 48 jam selepasnya.
![]()